Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin menjual rumah saya pada harga RM640k dan telah mendapat seorang bakal pembeli. Beliau telah mendapat offer letter bank untuk pinjaman sebanyak RM720k merangkumi pembiayaan perumahan, guaman, duti stem, yuran penilaian, takaful houseowner dan householder dan MRTT.
Nilaian desktop rumah saya adalah RM720k. Harga rumah di dalam Perjanjian jual beli rumah adalah untuk nilai RM720k. Kemungkinan besar, margin of financing yang akan dia perolehi ialah sebanyak 90% sahaja dari RM720k, iaitu RM648k. Pembeli akan menggunakan RM640k dari RM648k utk membayar saya. Lebihan dari RM640k akan digunakan untuk membayar yuran guaman, duti stem, yuran penilaian dan takaful yang berkaitan.
Soalan saya, bolehkah harga rumah dalam perjanjian jual beli ini dinaikkan kepada RM720k untuk membantu pembeli membayar kos-kos berkaitan tadi dan saya menerima RM640k sahaja yg merupakan harga jualan sebenar saya.
Jawapan
Hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)
Sekiranya telah dipersetujui antara pembeli dan penjual, maka tiada masalah untuk menaikkan harga jualan rumah tersebut. Selagi mana ianya mematuhi prosedur dalam pinjaman perumahan dan tiada unsur penipuan antara penjual, pembeli dan pihak bank.
Sekian, terima kasih