BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mempunyai 3 ekor kucing betina. Jadi apabila tiba musim, ketiga-tiga mereka akan bunting sekali. Saya ada baca hukum membuntingkan kucing ini haram. Tetapi apabila anak-anak kucing ini sudah mampu berak merata dan kadang-kadang mereka mati kerana terkena penyakit antara mereka. Saya rasa berdosa kerana tidak menjaga mereka. Jadi daripada saya terus membiarkan hal ini berlaku, bukankah lebih baik untuk saya kasi sahaja kucing-kucing saya?


message user image

Jawapan  

Mengkasi binatang peliharaan yang boleh dimakan seperti lembu adalah diharuskan dengan syarat ia mestilah dikasi sewaktu kecil. Sebaliknya mengkasi binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram. Adapun tindakan mengkasi kucing bagi mengelakkan kelahiran anak yang tidak terkawal, kencing merata-rata dan membawa penyakit zoonotik, jika ianya memang telah diakui kebenarannya oleh pakar perubatan haiwan yang diyakini kejujurannya dan disahkan pula menurut kepakaran mereka di dalam bidang perubatan haiwan, maka ia diharuskan demi menjaga maslahah amah. Dalam mengkasi juga perlulah menggunakan proses-proses yang dapat mengelakkan daripada menyakiti haiwan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 165

message user image