Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ad persoalan. Saya sedia maklum, hukumnya Haram jika kita menjual barang yang belum sah 100% menjadi hak kita (betulkan jika saya Salah)
Dalam era sekarang, banyak platform jual beli online mcm lazada, shopee Dan sebagainya.
Salah faham Dan kecelaruan untuk saya apabila berlalu situasi seperti ini..
Platform online ini byk buat sale pada hari tertentu dgn unit yg sangat limited. Katakanlah sebuah katil yg harga biasanya rm 500 seunit. Tapi pada hari sale tersebut, platform ad buat iklan yg hrga akan jadi rm100 untuk 1 unit sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat.
Sebelum saya teruskan, biar saya terangkan cara atau step membeli melalui platform online ini.
Step 1 : buyer pilih barang Dan proceed order
Step 2: pastikan detail fon number Dan alamat buyer betul
Step 3 : buyer apply voucher yang available untuk dapat hrga lagi murah
Step 4 : place order. Dan platform tersebut akan masuk ke page online banking jika memilih cara pembayaran melalui online banking
Step 5 : masukkan detail bank Dan proceed bayaran.
Andai kata buyer x siapkan step 5. Order tersebut Masih ada dalam akaun kita Dan dalam status "To Pay" Dan platform tersebut memberikan masa dlm tempoh 4 jam sebelum order tersebut dibatalkam oleh sistem kerana x buat bayaran dalam tempoh yg ditetapkan.
Berbalik kepada harga murah tadi. Andai saya place order Dan mendapat harga katil rm100 seunit tadi (daripada hrga asal rm500) Dan sampai step ke 5 sy x siapkan payment untuk hold dlu barang tu.
Dalam status order saya "to pay", saya mencari rakan2 lain yang nakkan katil tersebut Dan sy jual kepada dia dengan harga rm350. Rakan saya tadi bayar kepada saya rm350. Order saya tadi, saya Masih boleh untuk tukar alamat, nama, no fon buyer. Dan saya tukar kepada details rakan saya td tu. Rakan saya Tau yang saya dapat merebut katil tadi dgn harga rm100 Dan bersetuju untuk bayar rm350 kepada saya untuk beli Dari saya. Kerana rakan saya sedia maklum yg harga asal katil tu rm500
Jadi persoalan saya, adakah halal/Haram cara jual beli tersebut? Jika ianya konsep upah, Dan kedua pihak setuju.
Harap dapat maklum balas.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Merujuk kepada soalan yang diajukan, atas usaha yang dilakukan, saudara berjaya mendapat order barang tertentu, iaitu saudara mendapat hak untuk membeli barang tersebut dengan harga promosi yang rendah. Tiada halangan dari segi syarak untuk saudara menawarkan hak tersebut kepada sesiapa pada harga yang lebih tinggi sebagai keuntungan. Jualan begini dianggap sebagai jualan barangan mawsuf fi dhimmah. Pelanggan membayar dahulu wang kemudian barangan diserahkan kemudian.
Tiada gharar padanya, kerana barang sememangnya boleh diserahkan oleh syarikat kepada pembeli. Tidak timbul isu menjual barang yang belum dimiliki, kerana saudara tidak menjual barang tersebut, kerana barang itu masih dalam pemilikan syarikat yang menjual barang itu. Apa yang saudara dapat adalah hak untuk membeli barang itu dengan harga peromosi, dan saudara belum lagi membeli barang itu. Setelah mendapat hak untuk membeli, saudara tawarkan hak tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga promosi barang tersebut.
Sebagai kesimpulannya, transaksi yang dilakukan dibenarkan kerana ia tidak melanggar apa-apa perkara yang dilarang oleh syarak. Namun hendaklah dipastikan jika berlaku apa-apa yang menyebabkan barangan tidak boleh dibeli dalam shopee, maka wang hendaklah dikembalikan kepada pembayar.
Sekian, terima kasih.