Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,ustaz/ustazah. Saya hendak bertanya berkaitan bayaran fidyah. Contohnya , saya tidak sempat menggantikan puasa tahun 2022 sebelum Ramadhan tahun 2023. Sebelum Ramadhan tahun 2024, saya selesai mengganti puasa tersebut tetapi tidak sempat membayar fidyah. Adakah fidyah saya dikira untuk tahun 2023 sahaja atau termasuk tahun 2024 sekali?
Jawapan
Merujuk kepada soalan, berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor pada 2001, telah sebulat suara membuat keputusan bahawa harus menggunakan 2 kaedah pembayaran fidyah iaitu:
1. Bayaran fidyah berganda:
2. Bayaran fidyah tidak berganda:
Pilihan sama ada membayar fidyah secara berganda atau tidak berganda adalah berdasarkan kepada kemampuan. Ini bermakna saudari boleh memilih untuk hanya membayar fidyah berdasarkan jumlah hari yang tidak berpuasa sahaja atau menggandakannya, iaitu membayar jumlah fidyah tersebut untuk setiap tahun penangguhan bayaran iaitu tahun 2023 dan 2024.
Sekian, terima kasih.