BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.

Saya bekerja di masrasah tahfiz yang terdiri daripada penghafal al-Quran di mana kami juga meminta pelajar untuk menyalin semula ayat al-Quran mengikut juzuk-juzuk tertentu untuk subjek 'tahriri'. 

Persoalannya, adakah boleh pelajar tersebut menyentuh tulisan ayat suci al-Quran dalam mushaf terjemahan tersebut.

Soalan yang kedua, sekiranya seseorang individu perempuan yang bukan pelajar tahfiz tetapi berniat mula menghafal al-Quran. Bolehkah individu tersebut teruskan menghafal al-Quran ketika dalam keadaan haid? Atau ada cara pelaksaan yang lebih baik 

Terima kasih atas keprihatinan pihak ustaz/ustazah yang memberi pencerahan tentang soalan di atas.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Allah SWT mewajibkan seseorang itu berada dalam keadaan suci ketika hendak menyentuh Al-Quran. Hal ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Waqiah ayat ke-79:

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Maksudnya: Yang tidak menyentuhnya (al-Quran) melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Merujuk soalan yang diajukan:

  1. Tidak boleh menyentuh mushaf tahriri tersebut ketika haid. Ini kerana ia menyerupai mushaf al-Quran yang hanya boleh disentuh ketika suci. Bacaan lanjut sila rujuk pautan berikut: https://www.muftiselangor.gov.my/2024/03/20/45-taudhih-al-hukmi-hukum-wanita-haid-menulis-ayat-al-quran/
  2. Menurut pendapat jumhur fuqaha, haram bagi wanita haid menghafal al-Quran. Pendapat yang mengatakan pelajar wanita dibolehkan menghafal al-Quran adalah disebabkan faktor peperiksaan atau ujian. Justeru bagi soalan yang diajukan, tidak boleh baginya menghafal al-Quran ketika haid demi menjaga kesucian dan penghormatan al-Quran. Kerana individu tersebut tidak terikat pada apa apa waktu sesi pembelajaran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image