BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

 

Saya mempunyai sedikit pertanyaan berkaitan dengan hukum agihan harta pusaka (rumah, wang tunai dan barang kemas). Pertanyaan ini juga bagi memberi pencerahan kepada saya bagi membantu menguruskan harta pusaka arwah di pejabat JKPTG Pulau Pinang selain membantu penambahan ilmu berkaitan faraid. 

Secara salasilahnya, arwah mempunyai 3 adik beradik. Ibu dan bapa arwah telah meninggal dunia dan abang arwah juga telah meninggal dunia terlebih dahulu dari arwah dan hanya tinggal kakak kandung yang masih hidup. Mengikut pembacaan saya, harta pusaka tersebut secara keseluruhannya hanya layak difaraidkan kepada kakak kandung yang masih hidup dan anak saudara arwah tidak layak menerima sebarang harta pusaka tersebut.

Pertanyaan saya adalah, adakah harta pusaka tersebut layak difaraid kepada anak saudara di sebelah abg dan kakak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, sekiranya arwah mempunyai anak saudara lelaki (anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa), maka anak saudara lelaki tersebut layak mewarisi harta pusaka arwah secara Asabah Bil an-Nafsi. Manakala, sekiranya arwah tidak mempunyai anak saudara lelaki (anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa), maka Baitulmal mewarisi secara Asabah iaitu mewarisi baki dari bahagian adik-beradik perempuan arwah (saudara perempuan seibu sebapa).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image