BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam 

Saya seorang doktor. Saya ingin bertanya mengenai suntikan ubat kurus yang diberikan kepada pesakit obesity bagi menurunkan berat badan. Adakah penggunaan ubat ini membatalkan puasa? 

Nama ubat : MOUNJARO (TIRZEPATIDE)

UBAT DIABETIS/ OBESITY


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, suntikan Mounjaro pada siang hari Ramadhan adalah membatalkan puasa kerana ia bersifat mughazzi (memberi tenaga) kepada pesakit meskipun ia dilakukan melalui kulit dan bukannya rongga terbuka. Hal ini kerana, hormon di dalam Mounjaro dikenalpasti membantu pesakit berasa kenyang lebih lama. Sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati), pesakit tidak digalakkan mengambil suntikan ini ketika sedang berpuasa. Bagi pesakit yang memerlukan rawatan tersebut sepanjang bulan Ramadhan, disarankan agar suntikan tersebut dilakukan pada malam hari serta perlu mendapatkan pandangan dan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengubah jadual suntikan bagi memastikan rawatan tetap berkesan tanpa menjejaskan ibadah puasa.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image