Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Aslm Ustaz , Telinga kiri saya terkena infeksi,jadi kerap ada air dari telinga keluar mgkn jg bercampur dgn tahi telinga kemudian mengeras di tepi/pangkal lubang telinga dan melekat di kulit. Ketika mandi wajib saya sekadar tonyoh cepat/tergesa-gesa saja tanpa rasa betul2 dgn jari, walaupun kulit di telinga rasa pedih sikit. Selepas habis mandi dan dah solat dlm satu atau dua waktu, saya rasa di telinga saya ada balik seperti itu. Lalu saya pergi ke bilik air niat Sambung mandi wajib dan hanya fokus cuci rasa dgn jari/korek benda keras di telinga yg terkena infeksi itu, kerana terfikir mgkn saya tak buat betul-betul tadi dan mgkn ia menghalang air. Adakah mandi wajib saya sah? (Mgkn ada elemen dan masalah was-was di sini tapi hati fikiran risau kalau tak cuci semula/ buat Sambung mandi wajib tu), jadi adakah mandi wajib saya yg Awal tu sebenarnya sah? Dan walaupun kemudiannya saya buat Sambung mandi wajib di telinga tu,adakah sah mandi wajib saya,dan solat saya?. Hati dan fikiran susah...
Jawapan
Mandi wajib dari sudut syarak bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu atau mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebagainya. Dalam melaksanakan mandi wajib ini, para ulama’ telah menetapkan bahawa rukun bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
Merujuk soalan yang diajukan, mandi wajib adalah sah. Tidak mengeluarkan kotoran daripada dalam lubang telinga tidak membatalkan mandi wajib. Ini kerana ia tidak menghalang air daripada mengenai kulit. Tambahan pula ia bukanlah najis yang perlu dibersihkan.
Manakala bagi perasaan was-was yang mengganggu ibadah, ianya adalah gangguan fikiran yang datangnya daripada syaitan. Hindarkan jiwa dari melayaninya. Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah SWT, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah SWT tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau gangguan emosi yang salah bukan mentaati Allah SWT. Untuk itu, perbanyakkanlah Istighfar kepada Allah SWT, mudah-mudahan penyakit ini akan hilang mencengkam dari jiwa kita.
Sekian, terima kasih.