BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, saya ingin bertanya boleh kah basuh selimut yang terkena air mazi & pakaian lain yang terkena najis bersama dengan pakaian lain yang bersih ke dalam mesin basuh. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, air mazi dikategorikan sebagai najis mutawassitah (pertengahan). Cara membersihkan pakaian yang didapati bermazi adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Sahl bin Hanif RA bahawa beliau berkata :

 كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ:‏ إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ‏. فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ ‏:‏ يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ

Maksudnya: Aku merasa letih dan payah kerana sering mandi disebabkan keluarnya mazi. Lalu aku adukan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Kemudian Baginda SAW bersabda: Cukuplah engkau dengan berwuduk. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana dengan mazi yang terkena pada pakaianku? Baginda menjawab: Cukuplah engkau mengambil air setapak tangan, lalu engkau siramkan pada pakaian yang terkena itu. (Riwayat al-Tirmizi) 

Terdapat dua cara untuk membersihkan pakaian yang terkena najis mutawassitah seperti air mazi iaitu sama ada dengan cara:

  1. Boleh mencampurkan terus pakaian terkena najis tersebut bersama pakaian yang lain dalam mesin basuh automatik. Ini kerana, membasuh pakaian yang terkena najis dengan menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam menyucikan pakaian. Dan baju-baju lain yang dibasuh sekali dengan pakain terkena najis tadi juga adalah suci, atau

  2. Menghilangkan najis daripada pakaian terlebih dahulu sebelum dicampur untuk dibasuh bersama pakaian yang lain. Cara ini bertujuan mengelakkan timbulnya perasaan was was khususnya bagi individu yang cenderung berasa ragu terhadap tahap kesucian pakaian mereka.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 34

message user image