BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalam saya nak tanya, boleh ke solat subuh di dalam bas dan kemudian mengganti semula apabila sampai di surau? adakah ia dikira solat hormat waktu? 

catatan: terpaksa solat dalam bas sebab saya pergi kerja naik bas yang mengambil masa 1jam untuk sampai ke stesen mrt sungai buloh. jadual waktu bas yang saya naik adalah pada pukul 6pagi dan akan sampai ke stesen mrt pada jam 7pagi. Jadual waktu bas ini telah ditetapkan oleh pihak bas. kebiasaannya saya akan mengambil wuduk dari rumah. mohon penjelasan. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seseorang yang ingin menunaikan solat dan mengetahui bahawa dirinya tidak dapat memenuhi rukun dan syarat sah solat sebelum menunaikan solat perlu meniatkan solatnya sebagai solat li hurmatil waqt (bagi menghormati waktu). 

Menurut pandangan mazhab Shafi‘i, wajib mengulang atau mengqada’ solat tersebut apabila telah berada dalam keadaan yang mengizinkan dan memenuhi syarat untuk menunaikannya secara sempurna.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image