BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pertanyaan saya ialah, tahun lepas saya menggunakan beras biasa, tapi pada tahun ini kakak saya ada bagi beras basmati 5kg dah selepas habis makan,, saya beli beras basmati (dalam bulan puasa) yang sama untuk kali kedua..

Macam mana jika seterusnya saya tukar beras tempatan. 

 

Persoalannya saya perlu bayar zakat fitrah mengikut beras basmati atau beras biasa?

Terima kasih.. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, zakat fitrah hendaklah dibayar mengikut jenis beras yang menjadi makanan asasi kebiasaan seseorang pada bulan Ramadhan tahun tersebut.

Jika sepanjang Ramadhan tuan memang menggunakan dan makan beras basmati sebagai makanan utama, maka sebaiknya bayar zakat fitrah mengikut kadar basmati iaitu sebanyak rm25.00.

Jika basmati itu hanya sementara dan kebiasaannya memang makan beras biasa/tempatan, maka memadai bayar kadar beras biasa iaitu sebanyak rm8.00.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 50

message user image