BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamu’alaykum.

 

Kepada yang berkenaan, nama saya Nadia dan saya ingin bertanyakan kepada pihak tuan beberapa soalan. Sebelum saya kemukakan soalan, saya ingin menceritakan situasi keluarga kami.

 

Situasi:

Ayah saya baru sahaja meninggal dunia (10/11/2025) di Serdang, Selangor. Arwah ayah saya telah menetap dan bermastatutin di Serdang. Ayah saya meninggal dunia disebabkan Dementia dan sakit tua. Ayah saya telah sakit Dementia lebih kurang 10 tahun dan telah ‘bedridden’ kerana tidak kuat untuk mengurus diri selama lebih kurang 3 tahun. Ayah saya dijaga oleh isterinya dan anak perempuan yang sulung (bersama keluarganya – suami dan anak2).

Ayah saya mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Isterinya adalah ibu tiri saya dan tiada anak di antara arwah ayah saya dan ibu tiri saya. Ibu tiri saya tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa. Anak ayah saya terdiri daripada seorang lelaki (anak kedua) dan 3 orang perempuan.

Untuk pengetahuan, arwah ayah saya mempunya beberapa aset dan anggaran jumlah harga mungkin melebihi RM 300k dan perlu membawa ke Mahkamah Tinggi.

 

Soalan:

  1. Adakah kami mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu tiri? Adakah kami mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada ibu tiri?
  2. Proses pembahagian harta (faraid) kebiasaanya mengambil masa yang agak lama. Sementara menunggu keputusan pembahagian harta, bagaimanakah nafkah ibu tiri? Bolehkah duit arwah ayah saya digunakan (contoh: hasil sewa aset)?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tanggungjawab mengurus dan memberi nafkah kepada ibu tiri pada asalnya jatuh kepada ahli waris ibu tiri, iaitu bapa atau anak kepada ibu tiri tersebut. Seandainya tiada, maka menjadi tanggungjawab kepada waris suaminya, iaitu anak-anak suami itu untuk menjaga dan memberi nafkah berdasarkan kepada kemampuan selama mana memerlukan, yakni tidak terhad dalam tempoh iddah sahaja sebagai satu cara berbuat baik kepada arwah bapa.

Seterusnya, merujuk kepada persoalan kedua, ibu tiri puan boleh mengambil hasil sewa aset arwah ayah namun perlulah mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada waris-waris yang lain. Sekiranya waris-waris yang lain tidak membenarkan, maka haram ke atas ibu tiri tersebut mengambil hasil sewaan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 19

message user image