BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya. Bapa saya sudah meninggal 13 tahun yang lalu ketika saya masih kecil dan sekarang saya sudah dewasa dan teringat yang arwah bapa pernah meninggalkan puasa dahulu tapi saya tidak ingat berapa jumlah hari arwah tidak berpuasa. Saya nak bayar fidyah bagi pihak arwah ayah, sepanjang dia berkahwin dengan ibu saya. tahun mereka berkahwin adalah pada 1997.. dan meninggal pada 2013.. Boleh tolong kirakan berapa jumlah yang perlu dibayar bagi pihak arwah bapa saya. Terima kasih atas bantuan tuan/puan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan boleh menganggarkan jumlah hari puasa yang ditinggalkan oleh arwah, seterusnya menunaikan bayaran fidyah bagi pihak arwah.

Terdapat dua pilihan kaedah bagi bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/812-hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah 

Bagi bayaran fidyah yang tidak digandakan adalah jumlah hari yang tidak sempat diganti puasa didarabkan dengan nilai secupak beras mengikut harga semasa. Contoh: 83 hari x RM2.00 = RM166.00 (Jumlah bayaran fidyah). Puan juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS) di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ untuk perkiraan lanjut atau boleh terus ke kaunter LZS yang berhampiran untuk keterangan lebih terperinci.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 48

message user image