BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Sy ingin bertanya mengenai anjing.haritu Sy ada melalui kawasan perumahan untuk menghantar anak ke sekolah kafa.sekolah  terletak di corner lot rumah taman perumahan.semasa melalui salah satu rumah ternampak jalan dihadapan rumah basah .ini adalah keadaan biasa kerana ada rumah yg mesin basuh diluar rumah,anak mandi kolam atau pun tuan rumah basuh kenderaan dlm porch. Tetapi bila sy toleh kearah rumah itu ternampak anjing di lantai rumah(porch kereta ) dan kelihatan lantai yg anjing ada itu pun basah.boleh katakan keseluruhan porch rumah tu basah.tp tidaklah Sy tahu tuan rumah tu basuh ape .

Jadi bernajis kan tayar kereta Sy . bagaimana jika air terpercik ke body kereta.hati Sy slh gelisah dan xhabis2 salahkan diri sebab guna laluan itu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu itu menjadi najis jika jelas kelihatan ain najisnya. Adapun kereta yang melalui kawasan laluan anjing tidak dituntut untuk disertu kerana termasuk dalam perkara umum balwa (perkara yang sukar dielakkan) dan melainkan jika jelas dapat dipastikan wujudnya ain najis daripada anjing. Justeru, tayar kereta dan percikan air pada badan kereta kekal dihukumkan suci selagi mana tiada ain najis yang dapat dipastikan kewujudannya. Para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu: 

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya : Asal bagi satu hukum adalah mengekalkan hukum tersebut sepertimana hukum sebelumnya.

Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang yang jelas sama ada terdapatnya ain, warna atau rasa najis anjing tersebut maka ia kekal suci. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warna, maka tidak dituntut untuk disertu. Memadai dibersihkan sepertimana kotoran biasa sahaja. Perbanyakkanlah lafaz isti’azah dan memohon perlindungan kepada Allah SWT untuk melawan perasaan was was tersebut. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image