BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ingin menanyakan satu soalan. Saya sedang solat sunat ba’diah zohor dan ada seseorang datang dan menjadikan saya imam kerana beranggapan saya sedang solat zohor. Disebabkan saya tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan, saya terus mengimami mereka. Apa yang seharusnya saya lakukan dalam situasi tersebut? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Menurut Imam al-Syafie, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadis dari Imam al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya. Imam al-Syafie menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala solat ahli keluarganya yang menjadi makmum itu adalah solat fardu Isyak. Ini menjadi dalil bahawa dibenarkan orang yang bersolat fardu berimamkan imam solat sunat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 173

message user image