BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Kebiasaan dlm kes org yg was was ketika beribadah, ulama sarankan utk tidak pedulikan was was itu.

Persoalan saya, jika perkara yg dia was waskan itu adalah benar tp dia abaikan kerana beranggapan itu hanya was was, adakah dia berdosa kerana ibadahnya tidak sah? Adakah dia dikira berhutang ibadah dgn Allah. Atau dia tak perlu fikir ttg itu dah serahkan semuanya kepada Allah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, was-was yang dinyatakan ulama untuk tidak diambil peduli ialah waswas yang keterlaluan. Adapun waswas yang biasa seperti seseorang yang sedang menunaikan solat zuhur ragu-ragu adakah dia sudah melakukan 4 rakaat atau 3 rakaat, maka dia perlu mengambil yang sikit dan menambah satu lagi rakaat untuk mencukupkan 4 rakaat. 

Persoalan yang diajukan bersifat umum dan perlu kepada perincian seperti ada contoh dan bukti kesalahan . Jika dia tahu bahawa perkara waswas itu adalah betul dan tidak sah ibadah, maka itu yakin bukan was-was yang tidak boleh diabaikan, maka dia perlu menunaikan semula ibadah tersebut. Terdapat kaedah fekah yang menyebut:

لا عبرة بالظن البين خطؤه

Maksudnya: Tidak diambil kira sangkaan yang jelas kesalahannya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image