Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum mufti. Kalau kita sertu kereta, dan kita ratakan air tanah itu dgn kain, boleh ke? mcm kita basahkan kain dgn air tanah kemudian kita gosok kain itu di bahagian kereta itu? Baru kita bilas dgn air mutlak 6 kali daripada hos air?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, membasahkan kain dengan air tanah kemudian menggosokkannya pada bahagian kereta yang terkena najis dianggap sebagai salah satu cara untuk menyampaikan air tanah ke kawasan yang perlu disucikan. Seterusnya diikuti dengan membilas sebanyak enam kali dengan air mutlak daripada hos air bagi memastikan najis tersebut benar-benar hilang dan kawasan tersebut menjadi suci. Perbuatan ini adalah sah dan menepati syarat sertu dalam Islam.
Sekian, terima kasih.