Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum . Soalan saya bagaiman cara solat orang yang buat pembedahan di leher iaitu tiriod. Kerana tidak boleh rukuk sujud kerena leher ada jahitan tapi dia masih boleh berdiri boleh angkat tangan mohon jelaskan terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, bagi kes seseorang yang baru menjalani pembedahan di leher (tiroid) dan tidak boleh rukuk serta sujud secara sempurna kerana jahitan, tetapi masih boleh berdiri dan mengangkat tangan, cara solatnya adalah seperti berikut:
Prinsip asasnya adalah "solatlah mengikut kemampuanmu". Setiap rukun solat yang tidak dapat dilakukan secara sempurna kerana keuzuran, boleh digantikan dengan isyarat atau cara yang paling hampir dengan rukun tersebut mengikut kemampuan.
Hal ini sebagaimana di dalam kitab Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyah menyebutkan:
Maksudnya: Duduk atau sujud atau rukun-rukun lain, dia solat mengikut kemampuannya, dan ini adalah dengan kesepakatan para fuqaha, sama ada dalam solat fardu atau sunat.
Sekian, terima kasih.