BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada pertanyaan. Saya bakal mendirikan rumahtangga beberapa bulan lagi. Masalah saya, ibu bapa tunang saya telah bercerai ketika dia berumur 15 tahun (sekarang 26). Sepanjang tempoh perceraiaan, si bapa tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya dan bila tiba masa anaknya hendak bernikah, anaknya tidak mahu bapanya untuk menjadi wali kerana sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya, bagaimana untuk saya mengatasi masalah tersebut. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sesuatu pernikahan itu memerlukan bapa kandung untuk bertindak sebagai wali melainkan bapa kandung tersebut telah disahkan sebagai tidak waras yang menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wali pernikahan. Sebaiknya berbincanglah dengan pasangan secara baik bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Semoga urusan saudara dipermudahkan oleh Allah SWT. Jika terdapat sebarang kemusykilan, saudari boleh berhubung terus ke Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-55143596/ 03-55143467/ 03-55143464. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 141

message user image