BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya mengenai hukum najis anjing dan was‑was dalam ibadah, khususnya mengikut mazhab Syafi‘i.

Sekiranya seseorang bekerja di tempat yang mempunyai anjing beberapa tahun yang lalu, dan ada kalanya menyentuh anjing serta bersertu, tetapi ada kalanya tidak bersertu, dan tidak dapat mengingati dengan pasti sama ada sertu dilakukan setiap kali menyentuh anjing, adakah keadaan ini menjejaskan kesucian, solat, atau ibadah lain, termasuk ketika menunaikan umrah?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam kaedah fiqh, sesuatu yang suci tidak berubah menjadi najis hanya dengan syak atau kemungkinan iaitu:

اليقين لا يزال بالشك                 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak) 

Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan. berdasarkan mazhab Syafi'i, anjing adalah najis mughallazah yang memerlukan sertu. Namun, dalam situasi anda yang tidak dapat mengingati dengan pasti sama ada sertu dilakukan setiap kali menyentuh anjing beberapa tahun yang lalu dan keraguan itu timbul sekarang, ibadah-ibadah yang telah anda lakukan (termasuk solat dan umrah) adalah sah. Ini adalah kerana keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan dan syarak tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya untuk mengingati setelah berlalu tempoh yang lama. Penting untuk menjauhi was-was dan berhati-hati di masa hadapan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image