BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan nazar. 
 

Saya bernazar nak sedekah sebiji mesin penapis air coway di surau A akan tetapi surau tersebut banyak kekangan dan halangan. Senang kata surau tersebut sukar untuk memberi kebenaran letak mesin coway. 
Jadi boleh ke saya sedekah coway tu ke surau B atas sebab surau A sukar untuk bagi kerjesama memberi kebenaran.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum melunaskan nazar adalah WAJIB. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 29:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya. 

Justeru, tuan boleh menukar nazar anda untuk menyedekahkan mesin penapis air Coway ke surau B. Ini dibenarkan kerana terdapat halangan yang munasabah di surau A dan tujuan asal nazar tuan untuk bersedekah masih dapat dicapai di surau B.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 21

message user image