BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz ..saya ada 1 kemusykilan dimana adakah saya haram melakukan solat sunat tarawikh sepanjang bulan puasa sekiranya saya belum lagi qadho solat yang lalu antara 30 tahun lepas ..adakah semua solat sunat saya sepanjang umrah hukumnya haram...saya baru cuba untuk menjadi lebih baik namun bila dengar berbagai pendapat sebegitu merasakan adakah semua solat sunat saya selepas balik umrah diterima.. .maaf ustaz..banyak khilaf saya sepanjang hidup...saya nak jadi lebih baik tapi rasa sedih bila suami saya bagitau haram saya buat solat tarawih sbb masih x qadho semua solat fardhu...mohon pencerahan dari pihak ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat sunat yang dikerjakan dalam keadaan mempunyai hutang solat fardu yang ditinggalkan tanpa uzur syar’i seperti solat sunat terawih dan solat-solat sunat secara umumnya adalah sah tetapi dikira berdosa kerana pelaku tersebut tidak bersegera mengqada’ solat fardu tersebut. Adapun jika solat fardu itu ditinggalkan kerana uzur syar’i maka tidak berdosa dan dibolehkan untuknya mengerjakan solat sunat walaupun masih mempunyai hutang qada’ solat fardu. Justeru, solat sunat yang puan kerjakan adalah sah dan tidak haram melakukannya sekiranya puan dalam masa yang sama mempunyai niat tidak melenggahkan untuk mengqada'kan solat-solat fardhu yang terdahulu..

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image