Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mengalami keputihan dan saya faham tentang satu air wudhu sah untuk satu solat fardhu sahaja. Persoalannya adalah apabila saya mengambil masa lama untuk solat satu solat fardhu. Contoh pertama adalah ketika saya sudah selesai solat dan beberapa minit kemudian saya syak saya tertinggal rukun solat, disebabkan itu saya solat semula guna wuduk yang sama adakah sah jika selepas solat itu saya cek dan ada keputihan yang sedikit. Contoh kedua adalah apabila saya hendak solat dan kerap kentut menyebabkan perlu berwuduk semula banyak kali, adakah saya sepatutnya beristinjak jugak kerana keputihan yang kerap keluar? Terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diberikan
Bagi pesakit yang berada dalam keadaan daimul hadas (sentiasa berhadas) seperti penyakit salas (keluar air kencing/darah istihadhah berterusan atau keluar keputihan yang berterusan),
1- Satu wudhu` hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu sahaja dan seberapa banyak ibadah sunat yang lain. Maka, puan hendaklah sucikan diri daripada najis dan.memperbaharui wuduk untuk menunaikan solat qada tersebut.
2-Jika masalah kerap keluar angin itu adalah berterusan sehingga tiada senggang masa yang mencukupi untuk berwudhuk dan solat, diberi rukhsah (keringanan) oleh Hukum Syarak. Maka, perlu mengambil wuduk setelah masuk waktu dan kemudian menunaikan solat. Jika tidak dapat menahan angin keluar ketika solat, solat adalah sah kerana ada masyaqqah (kesukaran). Namun, satu wudhu` hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu sahaja.
Sekian, terima kasih.