BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum 1. Saya menggaru kulit kepala hingga secara tidak sengaja berdarah kemudian saya cuci. Kemudian saya menyapu cecair pelembap di atas kulit kepala. Beberapa jam kemudian saya dapati ada sedikit darah kering yang tertinggal. Apakah hukumnya jika begitu. Adakah najis itu merebak kerana cecair yang saya sapu di atas kepala itu? 2. Tayar kereta saya terkena kencing anjing kemudian ia kering. Lalu satu hari tayar tersebut melanggar satu lopak yang bertakung di jalan raya. Adakah air lopak yang sedikit itu menjadi mutannajis dan perlukah di samak jika air itu terpercik terkena kaki?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jawapan adalah seperti berikut: 1. Secara lazimnya, pendarahan yang berlaku akibat perbuatan menggaru tidaklah sampai berlaku pendarahan yang seruis dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Tetapi jika darah yang keluar itu banyak dan di luar kebiasaan maka, darah tersebut perlu dibasuh kerana ianya najis. 2. Air lopak tersebut tidak dikira sebagai najis dan tidak perlu disertu jika terkena pada kaki. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 240

message user image