Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Hi, mak saya ade pakai satu skincare ni yang ade sake. Saya dh tegur dah, jangan pakai sebab sake kan tak boleh, ia dikira najis (arak). Tapi dia still pakai and skincare tu jenis mask yg pakai berapa minit lepastu basuh. Rumah kitorg takde sinki so basuh muka semua dekat air paip, saya risau bila dia basuh tu.. air terpercik ke baju dia, seluar dia dan saya tak rasa dia basuh kaki lepastu (mungkin air cuma mengalir tapi tk sure mutlak ke tak. Air terpercik tu mutanajis ke? Kalau ye, bagaimana dengan katil yang dia duduk? Mesti kena air mutanajis dkt baju itu. Persoalannya, telekung saya haritu basah sikit dan ade terkena area katil yg dia duduk. Adakah saya perlu basuh telekung itu kerana kemungkinan kena mutanajis? Tapi memang takde kesan najis cuma risau. Tapi air mutanajis (kalau terpercik) tu sendiri takde kesan warna so agak susah nk tau dia ada dekat mana.. kalau saya guna telekung tu jugak tanpa basuh akibat takde telekung lain, adakah solat & puasa saya sah? Sebab kan ade pendapat yg kata kalau tk solat, then puasa tk sah. Tolong terangkann
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, percikan atau was-was selepas membasuh sesuatu yang mengandungi bahan terlarang yang jelas kewujudannya dan boleh dibuktikan tidak menjadikan sesuatu itu mutanajis selagi mana sifat asalnya tidak berubah. Sekiranya hanya bersandarkan sangkaan semata-mata tanpa bukti atau perubahan nyata, maka ia tidak cukup kuat untuk dihukumkan sebagai mutanajis.
Begitu juga katil/telekung/pakaian yang tidak dapat dibuktikan secara langsung jika benar wujudnya ain najis yang berpindah maka kesemuanya kekal suci. Dalam kaedah fiqh disebutkan:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Jika telekung atau pakaian tersebut digunakan juga tanpa membasuhnya, solat dan puasa tetap sah kerana tiada najis yang diyakini. Kenyataan bahawa “kalau tak solat, puasa tak sah” tidak tepat secara mutlak kerana solat dan puasa merupakan ibadah yang berasingan.
Sekian, terima kasih.