Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum, mak saya guna skincare product dari korea yg ade rice wine and saya tau rice wine tu mmg najis. saya dah tegur dia utk stop guna tapi dia tak setuju sebab product tu kan mahal. lepastu saya risau la sbb product tu mask yg basuh lepas beberapa minit, saya risau nanti dia basuh tu and air basuhan tu kan air mutanajis so takot kena pakaian dia (basah) and peluk saya ke or bawak ke solat, jadi membawa najis ke banyak tempat. saya dengan dia share sejadah and also katil, saya takot kalau baju dia ade air mutanajis then air tu kena katil kalau dia duduk situ. saya also takot yang kalau air mutanajis dri pakaian tu dah kering, then basuh balik dgn pakaian ii yg lain... nanti baju ii saya jadi mutanajis dan takot solat tak sah. lain dri itu, saya also takot kalau dia duduk atas katil, kan air mutanajis tu akan ade kt katil tu kalau dari pakaian dia la kan... and takde kesan warna ke apa lepastu kering, tapi saya duduk dalam keadaan basah (baru mandi ke apa) saya risau nnti baju saya pulak jadi mutanajis. adakah saya overthinking? saya memang slalu waswas terutamanya bab najis ni... saya juga nak tahu hukum air basuhan skincare product yang ade rice wine itu.. adakah air mutanajis? kalau air tu kena pakaian and then kering? kan takde kesan so kita taklehla nampak.. masih air mutanajis ke?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, percikan air dari basuhan skincare itu adalah dimaafkan. Kebimbangan air basuhan terkena pada baju ibu lalu terkena kepada barang-barang yang lain hanyalah andaian dan tidak menyebabkan penyebaran najis.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.