BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Hi, saya ada keputihan sebagai perempuan, biasa lah kan. Saya nak tau kalau ade keputihan yg sedang mengalir atau tidak terputus dari faraj, dan kita seolah ii gerakkan muscle kita.. macam gerakkan muscle di area situ (bukan gerakkan kaki tapi memang muscle), kemungkinan ade keputihan masuk balik faraj yang mungkin menyebabkan batalnya puasa (rongga). Saya tau kalau berak masuk balik ketika buang air besar itu batal, apakah kalau keputihan? Saya tau kalau semula jadi ia masuk balik takpe, tapi saya tak faham, kalau ini adakah semulajadi? Dan kalau semulajadi takpe, kena yang tentang berak itu batal puasa. Adakah batal puasa kalau sebegini? Tolong jawab dengan perinci sebab saya sangat keliru tentang ni


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Salah satu perkara yang boleh membatalkan puasa adalah dengan masuknya sesuatu jirim (ain) ke dalam rongga yang terbuka (manfaz maftuh). Rongga terbuka adalah mulut, telinga, kemaluan, dubur bagi lelaki atau perempuan.

Isu najis yang keluar kemudian masuk semula ke dalam lubang dubur pernah dibahaskan oleh Imam al-Bujairimi bahawa najis yang tidak terputus keluar melalui lubang dubur kemudian diputuskan dengan mengemut duburnya kemudian sebahagian najis tersebut masuk semula ke dalam duburnya secara pasti, maka batal puasanya. Kata beliau:

قَوْلُهُ: (دُخُولُ طَرْفِ أُصْبُعٍ) وَمِثْلُهُ غَائِطٌ خَرَجَ مِنْهُ وَلَمْ يَنْفَصِلْ ثُمَّ ضَمَّ دُبُرَهُ وَدَخَلَ شَيْءٌ مِنْهُ إلَى دَاخِلِ دُبُرِهِ حَيْثُ تَحَقَّقَ دُخُولُ شَيْءٍ مِنْهُ بَعْدَ بُرُوزِهِ؛

Maksudnya: (Batal puasa) Masuk hujung jari, sebagai contoh najis yang keluar daripadanya (lubang dubur) dan tidak terputus lalu dikemut duburnya kemudian sebahagian daripada najis masuk semula ke dalam duburnya sekiranya dipastikan najis tersebut masuk sehingga melepasi lingkaran lubang dubur.

Merujuk soalan yang diajukan, lendir keputihan yang keluar ke kawasan zahir (bahagian yang nampak ketika mencangkung) dan masuk semula secara semula jadi, maka ia tidak membatalkan puasa. Namun, sekiranya semasa meruang atau membersihkan kawasan tersebut berlaku keputihan masuk semula, disebabkan daripada perbuatan memasukkan jari untuk menghilangkan lendir keputihan tersebut sehingga melepasi had batin faraj (bahagian dalam yang tidak kelihatan ketika mencangkung), maka batal puasa dan perlu diqada'. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 35

message user image