Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,
Saya pernah membaca ulasan tuan mengenai hukum kenajisan bagi blackhead. Soalan saya, adakah hukum yang sama terpakai untuk whitehead? Kerana jika saya tidak silap, sumbernya adalah sama cumanya whitehead tersumbat yang tertutup manakala blackhead tersumbat yang terbuka.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,Whitehead dan blackhead tidak dianggap sebagai najis. Ia adalah hasil rembesan semula jadi badan (sebum) yang membeku di dalam pori. Ia bukannya darah, nanah, atau bahan buangan yang keluar dari "jalan hadapan atau belakang" yang membatalkan wuduk atau bersifat najis mutawassitah. Ianya juga tidak dikategorikan sebagai najis kerana tidak memenuhi kriteria najis menurut syarak. Oleh itu, ia tidak menjejaskan atau memberi kesan terhadap status ibadah seseorang.
Sekian, terima kasih.