BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, jika saya terlepas waktu solat subuh, adakah saya perlu buat solat qadha qabliah subuh atau qadha fardhu subuh dahulu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika telah terlepas waktu solat subuh, maka pada waktu itu yang ditegah adalah melakukan solat sunat manakala di dalam hal qada’ solat ia merupakan kewajipan yang masih ditanggung. Dr. Wahbah al-Zuhailiy mengatakan : “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (al-Fiqh al-Islamiy). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 71

message user image