Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt
Saya ingin bertanya mengenai jamak dan qasar ketika melakukan aktiviti trekking selama 10 hari di Nepal. Adakah dibenarkan untuk jamak dan qasar sepanjang aktiviti trekking itu?
Ringkasan perjalanan seperti ini:
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perjalanan puan ketika melakukan aktiviti trekking selama 10 hari di Nepal dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Berdasarkan perjalanan yang puan berikan ia dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat kerana telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar orang yang bermusafir.
Sekian, terima kasih.