Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah, semasa puasa, saya rasa macam ada air dekat telinga, namun saya tak pasti dia masuk atau keluar, dan saya tak berani untuk sentuh kerana risau dia termasuk had batin telinga..tak lama sebelum tu, memang saya ada mandi dan kena pada telinga..adakah batal puasa saya?
Jawapan
Secara umumnya, air yang masuk ke dalam rogga dalam telinga (had batin) ketika mandi membatalkan puasa sekiranya mandi itu bukan mandi yang dituntut oleh syarak seperti berenang atau berendam di dalam air untuk bermain-main.
Namun puasa tidak batal sekiranya air masuk ke dalam telingan ketika mandi yang dituntut oleh syarak, seperti mandi atau sunat selagi tidak berendam di dalam air. Ini kerana berendam di dalam air untuk mandi dianggap telah berlebih-lebihan.
Merujuk kepada soalan yang diajukan sekiranya tidak dapat dipastikan air tersebut masuk ke dalam had batin telinga atau tidak, maka ia tidak membatalkan puasa.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.