BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, kebelakangan ini hubungan saya suami isteri tidak berapa baik. Satu hari suami saya mengatakan tiada perasaan lagi terhadap saya. saya kini mempunyai dua orang anak yang berumur 2 tahun dan 8 bulan. Pada masa yang sama melalui talian whatsapp dia menghantar pesanan “i want us to be separated, at least I can comfirm that the feeling is not there. just get divorce, plan properly”. Jadi soalan saya apakah sudah jatuh talak atau bagaimana ya ustaz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pesanan yang dihantar oleh suami memberi maksud hendak atau bercadang, maka talaq tersebut belum boleh dihukumkan jatuh kerana lafaz tersebut berbentuk cadangan sahaja. Walau bagaimanapun, mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, lafaz tersebut hendaklah dilaporkan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi memastikan lafaz tersebut sah atau sebaliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 153

message user image