BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah. 

saya nak tanya, saya ada satu seluar (kakak saya pakai dia ckp ada terkena anjing) saya gantung di bilik mandi. satu hari saya tengok dia dah hilang, rupanya abah saya cuci sekali dengan baju di mesin basuh. baju dalam mesin pula banyak. saya teruskan dryer. saya ada nampak yang kata dalam hal ini, sekiranya sudah lama dia dimaafkan tapi jangan lagi memakai pakaian2 tersebut. hal ini berlaku dalam minggu ini dan ada sebakul baju, takkan nak buang. malah saya sudah memakai satu set baju yang dibasuh sekali. saya juga ada baca, boleh bertakliq kan mazhab malik, saya sertakan link saya dapat " https://zulkiflialbakri.com/artikel/seluar-terkena-jilatan-anjing-dan-bercampur-dengan-baju-baju-yang-lain-dalam-mesin-basuh/ " saya masih boleh mencari baju itu sbb dia dalam bakul tapi ada sangat banyak tuan. bagaimana ni tuan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam Islam, status najis tidak boleh ditetapkan hanya berdasarkan "kata orang" atau andaian. Bagi mengesahkan sesuatu itu bernajis, ia perlu memenuhi kriteria berikut:

1) Yakin terdapatnya najis.

Dalam Islam, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut keadaan asalnya. Terdapat kaedah fiqh yang menyebut:

اليقين لا يزال بالشك                 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak)

Sesuatu pakaian itu pada asalnya adalah suci. Status suci ini tidak berubah menjadi "najis" kecuali jika anda yakin 100% (nampak, bau, atau rasa) bahawa najis itu ada. Jika kakak anda hanya berkata "terkena" tanpa perincian, ia masih dalam kategori syak (ragu-ragu).

2) Oleh itu, sekiranya tiada keyakinan terdapatnya najis, maka seluar tersebut adalah kekal suci dan tidak perlu disertu. Manakala pakaian lain yang dibasuh bersama seluar tersebut di dalam mesin basuh adalah kekal suci dan bersih. Anda tidak perlu untuk berpindah kepada mazhab yang lain jika sejak awal lagi najis itu tidak dapat dibuktikan secara yakin. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image