BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak bertanya tentang Solat Jamak

Situasi:

Dari lokasi permulaan (A) saya ke lokasi (B) dan seterusnya ke lokasi (C) dan pulang semula ke lokasi (A). Jumlah perjalanan dari mula sampai pulang semua sudah lebih 2 marhalah.

(A - B) + (B - C) + (C - A) > 2 marhalah

A-B = 8am - 12pm

B-C= 12 pm  -3 am (Zohor)

C-A = 3 pm - 5 pm (Asar)

Soalan:

Boleh atau tidak saya jamak (Asar & Zohor) sesudah sampai di lokasi terakhir (A)?

A = Tempat berkerja bukan rumah kediaman

*Ini adalah perjalanan atas urusan kerja dalam masa sehari.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

Solat Jamak Qasar tertakluk kepada beberapa syarat. Antaranya:

  • Mesti melebihi 90 kilometer
  • Hanya boleh dilakukan apabila kita telah keluar dari kawasan mukim (kawasan tempat tinggal)
  • Tidak boleh lagi dilakukan apabila kita telah sampai di tempat bermukim.

Justeru, puan dibenarkan untuk menunaikan Solat Jamak dan Qasar (Zuhur dan Asar) di pejabat kerana pejabat bukan tempat mukim atau mastautin puan. Hal ini kerana puan masih lagi dalam keadaan bermusafir ketika itu.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image