BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak bertanya, sy ada adik lelaki berusia 25 tahun yang duduk jauh. Dia sekarang ada teman wanita. Perempuan itu tinggal Di rumah sewa bersama abangnya, yang sudah kahwin. Parents perempuan tu pon kadang2 datang, melawat

Mak sy risaukan adik sy kerana kerap sgat keluar dengan perempuan itu lebih2 lagi waktu Malam, kluar makan, naik motor adik saya. Adik saya jugak kerap pergi ke rumah perempuan itu, tidur 3 - 4 Malam atas alasan demam, takde orang nak tengok. Adik sy cakap abang perempuan itu Ada, takpe la, family perempuan pun datang. Mak sy tak suka, sbb belum kahwin, adik sy pula jawab tahun depan nak halalkan, ini la proses kenal kenapa, jawab adik saya

Boleh ke ustaz atau orang Yang lebih berilmu memberi sedikit pandangan dan teguran, sy boleh berikan kepada adik. Mak sy tak sihat tapi sejak fikirkan hal adik, lagi tak sihat, sy buntu sbb nasihat sy tak diambil oleh adik sy. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Dalam Islam, hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram (ajnabi) diatur dengan jelas untuk menjaga maruah, kehormatan dan mengelakkan fitnah. Batasan utama dalam pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram ini adalah larangan khalwat (berdua-duaan) di mana haram hukumnya jika berdua-duan di tempat tertutup dan tiada orang ketiga yang boleh menghalang maksiat daripada berlaku. Batasan aurat hendaklah dijaga dan dipelihara sesuai dengan hukum syarak.

Walaupun keluarga perempuan itu ada di rumah, namun ia tidaklah boleh menjadi sebab atau alasan untuk lelaki yang bukan mahram tinggal atau menginap di rumah tersebut sewenang-wenangnya. Islam mengariskan syarat yang ketat iaitu :

i. Rumah itu diduduki oleh mahram perempuan (contoh: ayah, abang kandung, ibu)

ii. Tiada unsur khalwat (tidak berdua-duaan secara tersembunyi)

iii. Menjaga adab (asing tempat tidur, tidak bebas keluar masuk bilik)

iv. Tiada fitnah pada pandangan masyarakat

Namun, ini masih tidak digalakkan kerana dalam Islam adalah lebih utama adalah menutup ruang dan pintu fitnah (سد الذريعة). Walaupun secara zahir ada ahli keluarga namun masyarakat boleh salah sangka dan boleh membuka pintu kepada zina hati atau perbuatan dan kesannya boleh merosakkan maruah keluarga.

Oleh yang demikian, nasihatkanlah adik puan untuk mengelakkan bermalam di rumah teman perempuannya itu. Jika ingin berjumpa juga pastikan di ruang terbuka dan ada ahli keluarga yang jelas bersama. Jagalah batas-batas perhubungan sebelum nikah, kerana keberkatan rumah tangga bermula dari sini.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 106

message user image