Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Warga Mufti Selangor.
saya doakan warga mufti Selangor Dalam keadaan baik. Disini saya ingin bertanya tentang status halal patuh syariah di Dalam syarikat product Takaful. Fungsi takaful sama sahaja dengan insurance conventional. Dalam bentuk apa ada perbezaan untuk kedua-dua product ni ?
1. Insurance mempunyai akad yang sah, dengan cara persetujuan tandatangan & pembayaran bulanan.
2. Insurance & Takaful bila Terjadi apa-apa kemalangan yang Dalam contract boleh cover, dua-dua dapat pampasan.
Saya berharap pihak mufti boleh menerangkan status ini dengan lebih jelas untuk memastikan tidak ada unsur fitnah.
Terima Kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan.
Walaupun insurans konvensional dan takaful kelihatan serupa dari segi fungsi perlindungan kewangan, terdapat perbezaan asas yang ketara dari sudut syariah. Perbezaan utama terletak pada konsep, operasi, dan hukum syarak yang mendasarinya.
Insurans konvensional adalah kontrak pertukaran kewangan (akad mu'awadhah) yang melibatkan unsur-unsur yang dilarang dalam Islam seperti gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian), dan riba (faedah).
Manakala Takaful pula beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip syariah, menjauhi unsur-unsur yang dilarang dalam Islam.
Sekian, terima kasih.