Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ingin bertanya jikalau penerbangan saya pada pukul 5.45 pagi iaitu sebelum waktunya waktu solat subuh, bolehkah saya menqada solat tersebut apabila tiba di destinasi?. Minta penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, wajib solat di atas pesawat tersebut jika terdapat ruang untuk bersolat. Solat di dalam kapal terbang boleh dilakukan tanpa meninggalkan rukun solat yang wajib dilaksanakan jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri. Jika tidak tahu boleh qada’ setelah sampai ke destinasi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.