BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT...

Ada seorang rakan sekerja yang berbangsa India mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saya dan kemudian saya secara spontan menjawab Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepadanya sambil berjabat tangan dengan perasaan penghargaan dan penghormatan kpd rakan sekerja yang baik.....namun tiba-tiba sejurus selepas itu datang perasaan risau pula di hati saya adakah perbuatan saya menjawab ucapan selamat hari raya kpd rakan yang berlainan agama itu menyalahi hukum agama  Islam sedangkan saya tidak berniat apa apa yang bertentangan dengan akidah.. selama ini saya memang tidak berani mengucapkan selamat pada hari raya rakan beragama lain.. ini menyebabkan saya jadi takut dan risau... bantu saya ustaz...terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat107:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 83:

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا

Maksudnya: …dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik

Kesimpulannya, mengucapkan selamat hari raya maaf Zahir batin adalah ucapan budaya yang diucapkan untuk memohon ampun dan maaf bersempena hari raya aidilfitri. Oleh itu, tiada kesalahan Akidah dengan ucapan sedemikian kepada rakan yang bukan Islam, bahgkan ia digalakkan bagi memupuk emanat perpaduan sesama bangsa.

Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat86: 

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 66

message user image