BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamuaikum, 

Saya sedang keliru disebabkan oleh beberapa pendapat yang berlainan berkaitan bilangan hari puasa sekiranya berpuasa di dua tempat berbeza. 

Saya mula berpuasa sehari awal disebabkan pada hari pertama puasa saya sedang bermusafir di luar negara. Tetapi saya sudah pulang ke Malaysia pada minggu ke-2 puasa. 

Saya difahamkan sekiranya Malaysia menyambut hari raya selepas 30 hari berpuasa, maka hari puasa saya akan menjadi 31 hari, iaitu jatuh pada hari yang haram berpuasa. 

Persoalannya, adakah saya perlu juga berpuasa pada hari ke-31 itu mengikut penduduk tempatan, atau hari tersebut haram untuk saya berpuasa?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan,

Menurut pandangan yang paling sahih di dalam mazhab syafi’i, mereka yang mula berpuasa di sesuatu negara kemudian bermusafir ke negara lain yang lewat sehari berpuasa, maka hendaklah dia berpuasa mengikut penduduk negara di mana dia berada walaupun dia sudah lengkap berpuasa genap 30 hari dan menjadikan puasanya 31 hari.

Menurut Imam al-Syirbini tentang permasalahan jika seseorang yang telah berpuasa selama 30 hari di negara lain, kemudian pada hari ke-31 dia berada di negara lain yang rakyatnya masih lagi berpuasa, kata beliau:

(فِي الصَّوْمِ آخِرًا) وَإِنْ كَانَ قَدْ أَتَمَّ ثَلَاثِينَ؛ لِأَنَّهُ بِالِانْتِقَالِ إلَى بَلَدِهِمْ صَارَ وَاحِدًا مِنْهُمْ فَيَلْزَمُهُ حُكْمُهُمْ

Maksudnya: “(Pada hari terakhir) walaupun sudah lengkap (puasanya) tiga puluh hari, kerana ia telah berpindah ke negara mereka, maka dia telah menjadi sebahagian daripada mereka. Oleh itu hendaklah dia mengikuti hukum mereka.”

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image