BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya soan tentang kebersihan diri. 

1) Sah ke mandi wajib jika seseorang mengalami dua perkara dalam satu masa. Seperti  haidh dan janabah. Tetapi dia mandi wajib sekali dan niat yang dia baca hanya untuk haidh? 

Soalan saya disini. Sah ke mandi wajib dia jika dia berniat hanya untuk haidh dan bukan untuk janabah? 

2) Adakah semua amalan yang dilakukan oleh dia tak bermakna kalau dia tak tahu perkara itu salah?

Terima kasih bantu saya dalam perkara ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan,

1. Perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, Syeikh Hasan al-Kahf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:

إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟

الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ

Maksudnya: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat).

(Kitab al-Taqrirat al-Sadidah)

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, disimpulkan bahawa cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut.

2. Seseorang yang terlupa, tersilap, tidak tahu atau dipaksa melakukan sesuatu perkara, maka dosa kesalahan tersebut dimaafkan. Namun, di dalam dunia moden ini pelbagai sumber yang boleh dapatkan untuk meluaskan ilmu pengetahuan agama. Maka tidak seharusnya menjadikan alasan “tidak tahu” untuk membenarkan terus melakukan dosa serta melanggar perintah Allah SWT. Teruskan memperbaiki diri mencari ilmu pengetahuan agama agar dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image