Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah bekas pasangan suami atau isteri ingin berkahwin semula tetapi tidak direstui oleh ibu suami, apakah hukum keatas ibu suami tersebut.Mohon pandangan mengenai perkara ini. Untuk pengetahuan pasangan ini telah memilik 2 orang cahaya mata. Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tiada halangan bagi pasangan tersebut untuk bernikah semula buat kali kedua. Namun, adalah lebih baik mendapat restu daripada kedua ibu bapa serta doa daripada mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.