BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ade beberapa soalan yang agak detailed sebab saya sering mempunyai waswas.

1. (Berkenaan khinzir) Haritu, saya pergi kedai gunting rambut utk gunting, & saya pergi kedai tu memang dari kecik smpai pekerja2 pon kenal saya, (saya remaja skrg). Dah gunting, kemudian dia style guna berus dan hair dryer (ketika rambut saya basah), berus tu saya rasa mmg berus yg guna bulu khinzir sebab selepas dh habis gunting, saya google & nampak berus sebijik yg dia guna dan berus itu guna bulu khinzir. Ketika saya tahu itu, saya tknk fikir byk (takot waswas) lagipon saya tk boleh solat ketika itu (perempuan) jadi saya biarkan sahaja dan sertu hari seterusnya. Saya ada byk jugak sentuh rambut saya sebelum sertu itu, & rambut kita kan ade minyak (yg tkleh nmpk dgn mata kasar), jadi kalau saya sentuh rambut saya, adakah perlu sertu? Adakah perlu sertu apa sahaja benda yg rambut saya sentuh juga? Cth: bantal/selimut/katil yang saya tidur atas sebelum sertu rambut tersebut, kerusi yg sy duduk? Dan slps saya sentuh rambut guna tangan, kemudian tangan saya sentuh bag, duit dan sebagainya.. adakah perlu sertu semua itu? Pd hari seterusnya, saya sertu satu badan sahaja. 

2. Sebagai perempuan, kami ada keputihan yg beberapa jenis. Ketika ovulasi, keputihan itu selalunya warna putih atau clear yg lendir tapi seakan-akan air juga. (Bukan peluh) & ia pon akan campur dengan air. saya memang slalu akan pakai pantyliner tapi, saya tak pakai antara isyak dan subuh/waktu tidur, dan keputihan itu akan keluar di antara waktu tidur itu. Namun, ketika subuh (hendak solat), tiada kesan keputihan itu walaupun keputihan dah check & memang keluar. Kemungkinan keputihan di underwear itu sudah kering. Adakah jikalau saya istinjak dan tidak keringkan area sulit itu, dan air dari istinjak itu kena pada underwear saya, air di underwear itu menjadi mutanajis? Apa jadi kepada seluar dan tempat-tempat saya duduk yang juga serap air dari underwear itu? Juga dengan kain telekung? Adakah jadi najis hukmi atau mutanajis? Sama juga kalau saya lepas istinjak utk solat/wudhu, apa jadi kalau keputihan yg sama keluar ketika underwear saya itu basah ketika istinjak? Adakah semua tempat saya duduk menjadi mutanajis? Dan bila tempat saya duduk itu kering, adakah ia menjadi najis hukmi? Keputihan itu memang akan campur dengan air & ia mmg bukan peluh. 
 

3. Di rumah, ayah saya tukang membasuh baju (secara manual) dan kadang-kadang terdapat pakaian yg mempunyai najis (keputihan) dari keluarga saya. Cara ayah saya basuh adalah macam ni, sediakan air dalam baldi (air mutlak), dan letak baju2 kotor dalam tu. Kemudian, letak sabun, campur2, ambil satu2 pakaian, ambil berus & gosok2 pakaian itu. Saya tk pasti lepas itu dia bilas dengan air mutlak ke tak, tapi rasanya tak? Kdg2 pakaian bernajis akan campur dengan pakaian biasa, dan dibasuh cara macamtu. Adakah suci? Kalau tak, apa patut saya buat? Sebab semua pakaian dicuci begitu. Bila saya check pakaian (slps dah kering & cuci begitu), tiada najis tapi saya risau adakah boleh bawa ke solat? Tetapi ada pernah jadi ade keputihan terlekat pada underwear lain, kalau macamtu, adakah ia wajib untuk saya check semua pakaian ada najis ke tak sebelum solat? Tapi jaranglah ada perkara itu berlaku (tapi pernah.)

4. Apakah hukum air mutanajis yang takde warna tapi dah kering? Atau hukum air mutanajis yang dah kering.

5. Di rumah, saya guna iron yang steam & saya terfikir.. di rumah ada seorang yg akan guna jeans banyak kali sebelum basuh. (Perempuan) dan dia juga tidak memakai pantyliner kerana dia taktau keputihan itu najis. Saya iron dia punya seluar jeans yg mempunyai keputihan itu. Adakah iron saya menjadi mutanajis & kain ironing board itu juga? Adakah baju2 yang saya gosok selepas itu juga menjadi najis/mutanajis/tak boleh bawa ke solat? Tapi saya tengok, memang takde kesan keputihan dekat iron, ironing board & juga baju2 yang digosok selepas itu. Dan kalau saya sentuh apa2 selepas iron seluar ada keputihan itu, adakah benda itu jadi najis/mutanajis?

Maaf ya, banyak soalan. Saya banyak keliru tentang mutanajis & najis.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Dalam kaedah fiqh, sesuatu yang suci tidak berubah menjadi najis hanya dengan syak atau kemungkinan iaitu:

اليقين لا يزال بالشك                 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak) 

Oleh itu, andaian melalui internet tidak boleh dijadikan bukti kukuh untuk menghukum sesuatu itu najis. Maka, rambut anda sebenarnya kekal suci dari awal. Tambahan pula, tindakan anda menyertu satu badan sudah mencukupi untuk menyucikan segala-galanya. Semua barangan lain yang disentuh juga dianggap suci dan tidak perlu dirisaukan lagi.

2) Keputihan yang anda alami, selagi bukan darah haid atau nifas adalah suci. Oleh itu, ia tidak menjadikan pakaian dalam, tempat duduk, atau telekung anda najis, sama ada ia basah atau kering. Walau bagaimanapun, keputihan membatalkan wuduk, jadi anda perlu memperbaharui wuduk setiap kali ingin solat setelah keputihan keluar. Air istinjak yang terkena pakaian dalam juga tidak menjadikannya najis kerana air itu suci dan keputihan itu sendiri suci. 

3) Pakaian yang dibasuh dengan cara yang anda terangkan kemungkinan besar tidak suci sepenuhnya jika tiada bilasan akhir dengan air mutlak yang bersih setelah najis dihilangkan, atau jika pakaian bernajis dicampur dalam air yang sedikit sehingga air itu menjadi najis. Penting untuk memastikan najis dihilangkan dan pakaian dibilas dengan air mutlak yang bersih agar sah untuk dibawa solat. Jika ada keraguan, bilas semula pakaian tersebut.

4) Secara ringkas, air mutanajis yang telah kering, walaupun tiada lagi warna, rasa, atau bau, masih dianggap najis dan memerlukan pembersihan dengan air mutlak. Kekeringan sahaja tidak mencukupi untuk menyucikan sesuatu yang telah terkena najis. Zat najis dan kesannya perlu dihilangkan sepenuhnya untuk mencapai kesucian.

5) Keputihan adalah najis. Namun, dalam situasi anda, jika tiada kesan keputihan (warna, bau, rasa) yang berpindah ke iron, ironing board, atau baju-baju lain, maka ia tidak menjadi mutanajis. Ini kerana najis kering tidak memindahkan najis melainkan ada kelembapan yang menyebabkan perpindahan kesan najis. Oleh itu, baju-baju yang digosok selepas itu boleh dibawa solat. Untuk lebih berhati-hati, adalah baik untuk memastikan pakaian yang terkena keputihan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digosok, atau menggunakan alas yang bersih di atas ironing board.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image