BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkaitan dengan qada puasa dan membayar fidyah.

Sekarang ni saya tengah ganti puasa pada tahun yang lepas iaitu puasa tahun 2025. Dengan berbaki beberapa hari untuk saya ganti puasa dan juga tinggal beberapa hari lagi untuk masuk ramadhan tahun ini, bolehkah saya membayar fidyah untuk hari yang berbaki itu? Sebab sekarang saya tengah ada masalah kesihatan dan tidak pasti saya dapat ganti puasa dengan baik jadi mohon beri pencerahan pada saya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, memandangkan puan mempunyai masalah kesihatan yang menyukarkan puan untuk mengganti puasa dan Ramadhan semakin hampir, puan boleh membayar fidyah bagi hari-hari puasa ganti tahun 2025 yang berbaki. Ini adalah berdasarkan pandangan yang membenarkan pembayaran fidyah bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur syar'i yang berterusan atau tidak ada harapan sembuh. Walau bagaimanapun, jika masalah kesihatan puan bersifat sementara dan anda dijangka akan sembuh selepas Ramadhan, puan masih wajib mengganti puasa tersebut apabila anda mampu.

Berdasarkan di dalam kitab Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyah menyatakan: 

من أفطر في رمضان لعذر، وجب عليه قضاء ما أفطره من الأيام، لقوله تعالى: ﴿فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ﴾ [البقرة: 184]. وهذا القضاء واجب على الفور إذا كان قادراً عليه، ولا يجوز تأخيره إلى ما بعد رمضان آخر إلا لعذر شرعي

Sesiapa yang berbuka puasa di bulan Ramadhan kerana uzur, wajib ke atasnya mengganti hari-hari yang dia berbuka, berdasarkan firman Allah SWT: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu berbuka), maka (wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. [Al-Baqarah: 184]. Qada' ini wajib disegerakan jika dia mampu melaksanakannya, dan tidak boleh ditangguhkan sehingga selepas Ramadhan yang lain melainkan kerana uzur syar'i.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image