Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
saya nak bertanya saya haid 26/2 lepastu 5/3 magrib ade lagi pastu saya nak tunggu sahur nanti lah aade lagi ke tidak spotting lepastu,saya bgun sebelum subuh nak tngk spotting ade lagi ke tidak pastu tengok dah takde mandi wajib dan sahur, lepas saya pergi kerja kul 10 balik kul 11 saya tidur sampai pukul 3 bangun nak solat saya tengok ade spotting kuning coklat2 tu ade lagi lepastu saya mandi wajib balik dan solat zohor ,asar pastu qodha solat2 lain skali, lepas magrib saya nk mandi tngok2 ada lagi adakah sah ke solat & solat yg saya qodha tu ? Adakah saya perlu qodha balik solat yang waktu spotting dh berhenti tu dan solat yg saya qodha sekali tu? Harap persoalan saya ada jawapan terima kasih
Jawapan
Merujuk soalan yang diajukan, pada 5/3 di mana ketika darah spotting tiada, keadaaan tersebut dipanggil sebagai naqa’.
Naqa’ ialah keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj. Naqa’ tersebut akan dikira haid sekiranya ia berlaku dicelah-celah antara darah haid yang keluar tidak melebihi maksimum 15 hari.
Oleh demikian, solat, solat qada' dan puasa saudari pada 5/3 itu tidak sah kerana masih dikira dalam tempoh haid iaitu belum melebihi maskimum haid sebanyak 15 hari 15 malam. Namun, saudari hanya perlu mengqada’ puasa sahaja, tidak perlu mengantikan solat.
Sekian, terima kasih.