BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/tuan,saya asyraf ingin bertanya soalan:

apa hukum iqomah hayya ala sholah tak sambung terus dengan hayya ala falah maksudnya saya buat seketul2 tidak sambung hayya ala sholah ti hayya ala falah

Adakah ia sah atau tidak dan mintak pencerahannya.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, syarat sah bagi iqamah adalah menyegerakan bacaan iqamah. Hal ini berdasarkan dalam kitab al-Muktamad karya Dr. Muhammad al-Zuhailiy mengatakan:

Azan itu hendaklah dilafazkan dengan perlahan dan tenang (tidak tergesa-gesa), manakala iqamah pula disegerakan dan dibaca dengan lebih cepat serta dirangkaikan sebahagian lafaznya dengan sebahagian yang lain. Hal ini kerana Umar ibn al-Khattab RA pernah berkata kepada Abu al-Zubayr, muazin di Baitulmaqdis:

“Apabila kamu melaungkan azan, maka lafazkanlah ia dengan tenang dan perlahan; dan apabila kamu mengumandangkan iqamah, maka segerakanlah (dengan tegas dan pantas).”

Namun iqamah yang dilaungkan secara tidak disambung di antara perkataannya tetap sah selagimana lafaznya tepat dan senggang waktu di antara satu lafaz dengan lafaz yang lain tidak dikira lama berdasarkan uruf dan adat setempat.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image