BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya datang haid dalam bulan ramadan selama 6 hari. jadi saya pun terus mandi wajib dan berpuasa pada hari ke 7. Tetapi pada hari ke 8 (waktu malam) masih ada keluar sedikit darah. adakah puasa hari ke 7 itu sah walaupun tiada darah keluar sepanjang hari tersebut? Perlu kah saya ganti puasa tersebut?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, apabila tempoh tiada darah/bersih (hari ke-7) diapit oleh 2 tempoh yang keluar darah (hari ke-6 dan malam hari ke-8), maka puan masih berada dalam tempoh maksimum haid iaitu 15 hari. Keadaan ini dinamakan sebagai naqa'. Justeru, tempoh tiada darah/ bersih pada hari ke-7 dan hari ke-8 dianggap sebagai masih berada dalam tempoh haid. Ini bermakna, puasa pada hari ke-7 dan ke-8 adalah tidak sah dan perlu diqada’ meskipun tiada darah yang keluar sepanjang hari. Solat yang didirikan juga tidak sah, akan tetapi tidak perlu diqada'. Namun, puan  tetap mendapat pahala kerana menjunjung perintah Allah SWT. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 66

message user image