BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya ada soalan. Haritu saya ada angkat kucing saya yang terlepas di rumah sebelah, and rumah sebelah tu owner pernah mandikan anjing depan mata saya sendiri, tapi lama dah la kes dia mandikan anjing tu 2-3 tahun lepas. Suatu haritu saya baru teringat saya angkat kucing tu time dia tengah minum air and bulu dia basah sebab area dia minum tu memang tempat yang owner lama pernah mandikan anjing tu. Persoalan saya sekarang ni, apabila saya pegang kucing tu dalam keadaan bulu dia tengah basah adakah ianya dikira sebagai najis mughalazah? Adakah najis itu dah berpindah ? If berpindah macam mana dengan barang yang saya dah sentuh ya? Hopefully ustaz boleh jawab soalan saya ni. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam hukum syarak, sesuatu kawasan dianggap suci melainkan terdapat bukti jelas adanya najis yang nampak (ain). Peristiwa pemilik rumah memandikan anjing tersebut sudah berlalu 2 hingga 3 tahun lepas. Secara logiknya, dalam tempoh masa yang begitu lama, kawasan tersebut telah terkena hujan, panas matahari, dan dibersihkan secara alami. Jika tiada lagi kesan nyata najis anjing (bau, warna, atau rasa) di tempat kucing itu minum, maka kawasan tersebut kembali kepada hukum asal iaitu suci.

Terdapat satu kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan (syak).

Anda yakin bulu kucing itu basah, tetapi anda hanya ragu-ragu sama ada air itu bercampur najis anjing atau tidak. Keraguan yang timbul selepas tempoh 2-3 tahun tanpa bukti fizikal najis tidak boleh dijadikan asas bahawa bulu kucing yang basah tersebut telah terkena najis mughalazah. Oleh itu, bulu kucing tersebut adalah kekal suci serta tiada berlaku perpindahan najis kerana bulu kucing tidak bernajis dan segala barang yang disentuh turut tidak bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 80

message user image