Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan dengan air mazi. Saya sering melihat video yang menaikkan syahwat (sedang berusaha mengurangkannya sebanyak mungkin). Apabila waktu solat telah masuk, saya berhenti dan membasuh kemaluan serta urut kemaluan untuk keluarkan semua air mazi. Tetapi selepas solat, terdapat ada juga air mazi yang masih terkeluar sedikit. Soalan saya:
1. Jika saya balut kemaluan dengan tisu, selepas sudah berusaha keluarkan semua air mazi dan bersuci, kemudian air mazi masih keluar dalam kadar yang sedikit ketika solat, adakah solat saya sah?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Air mazi adalah najis. Keluarnya air mazi akan membatalkan wuduk seseorang. Oleh itu, seseorang wajib membersihkan kemaluan dan berwuduk semula sebelum solat.
4 - Para fuqaha' berpendapat tentang kenajisan mazi berdasarkan perintah untuk membasuh kemaluan daripadanya dan berwuduk, berdasarkan hadis Ali RA yang berkata: 'Aku adalah seorang lelaki yang banyak keluar mazi, dan aku malu untuk bertanya kepada Nabi ﷺ kerana kedudukan puterinya (Fatimah). Maka aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad untuk bertanya kepadanya, lalu beliau bersabda: 'Dia hendaklah membasuh kemaluannya dan berwuduk.
Justeru, jika mazi keluar semasa solat, wuduk tuan adalah terbatal dan solat perlu diulang semula ( qada'). Usaha tuan untuk mengurangkan pendedahan kepada video yang menaikkan syahwat adalah sangat terpuji dan penting untuk menjaga kesucian diri dan ibadah. Teruskan usaha ini dan mohonlah pertolongan dari Allah SWT.
Sekian, terima kasih.