BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, umur saya 27, anak sulung dalam keluarga. Baru dapat kerja stabil. saya nak tanya tentang sesuatu hukum. Bapa saya yang sejak bersara pada tahun lepas, asyik panas baran tentang semua benda. Sampaikan, adik saya kemalangan, dia boleh marahkan adik saya yang tengah sakit. Disebabkan benda tu, kami mula senyap apa bila dia berada di rumah. Berbalik kepada soalan saya, ada pergaduhan antara kami sekeluarga dan bapa saya. Dia cakap menyesal kahwin, ada anak, nak halau kami keluar dari rumah. dia juga mengharamkan makan minum adik-beradik saya. Jadi saya nak tanya, jatuh hukum Haram kah jika kami makan atau minum dari hasil duit dia walaupun kami minta maaf tentang perkara yang bukan salah kami? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, tanggungjawab bapa adalah wajib menafkahi keluarganya. Hal ini berlandaskan firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa' ayat 34 :

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Walau bagaimanapun sekiranya pihak anak mampu berdikari, dicadangkan untuk membina kehidupan sendiri. Namun yang terbaik adalah dengan bersikap lapang dada dan memaafkan bapa tersebut serta mendoakan mohon Allah kurniakan hidayah untuk bapa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 74

message user image