Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz/Ustazah,
Saya nak bertanya..Saya beru mnegrjayakan umrah pada bulan Dec 2025..Saya di uji dgn masalah gangguan jin/saka yang kuat pada diri saya..Akibat dari gangguan tersebut saya sering dengar bisikan hati yang bukan2..Bisikan ini makin kuat ketika saya dan jemaah yang lain berziarah di Hudaibiyah(ziarah shj tiada umrah sunat).Ketika ziarah Hudaibiyah,bisikan hati memaksa niat umrah tetapi saya tidak beniat utk melakukan umrah sunat..saya tidak berniat secara zahir(lafaz)&batin..Saya cuba menenangkan diri dgn tidur dlm bas dan berkata pd diri sendiri setiap ibadah saya lakukan hanya semata-mata kerana Allah..Mohon pencerahan..Adakah saya perlu bayar dam dan perlu mengerjakan umrah..
Sekian Terima Kasih
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang diajukan, puan tidak perlu membayar dam dan mengerjakan umrah kerana ihram hanya berlaku apabila dilakukan berserta dengan niat, tambahan pula tiada ihram yang diniatkan dalam situasi ini. Bisikan hati tersebut hanya sekadar bisikan yang tidak membawa kepada apa-apa perkara.yang diwajibkan.
Sekian, terima kasih.